HARITH ZHARFAN  BIN MOHD HAMDAN

F2031

MUHAMMAD IKRAM BIN HUSIN

F2063

MUHAMMAD NAZIRUL BIN NORDIN

F2049

MUHHAMMAD IZZUDIN BIN ZULIZA

F2032

NUR ESMA DANIAL BIN NOR HISAM

F2021

LECT : USTAZ MUHAMMAD FAIZAL PESA

PUNCA BERLAKUNYA 13 MEI DAN PENGAJARAN YANG DAPAT KITA PERLOEHI











Malaysia adalah negara yang aman dan harmoni. Namun disebalik keharmonian tersimpan 1 memori hitam yang pahit. Tidak lain dan tidak bukan adalah pada 13 Mei tahun 1969. 

Tarikh tersebut bermulalah 1 peristiwa berdarah yang tidak dilupakan sehingga sekarang. Dan diharapkan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Oleh itu mari kita kaji tentang peristiwa 13 Mei.


 Punca Tragedi 13 Mei



- Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun. 

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Hal ini kerana dendam antara negara China dan negara Jepun, berkait dengan perang China-Jepun kedua. Oleh hal yang demikian, perkara ini telah menimbulkan rasa kebencian terhadap orang jepun dan orang Melayu.


- Dasar pecah & perintah penjajah inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Sebagai contoh , orang Cina tinggal di bandar-bandar untuk menjalankan perniagaan dan di lombong. Orang melayu tinggal di kawasan luar bandar atau kampung sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala orang India pula sebagai buruh kasar dan peladang , tinggal di kawasan estet. Hal ini berjaya menimbulkan jurang perbezaan sesama kaum.


- Latar Belakang pendidikan yang berbeza

sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Hal ini menyebabkan tiada keharmonian dan perpaduan sesama kaum lantas menimbulkan sifat perkauman yang kuat di antara mereka.


- Pertingkahan parti politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . 


- Perasaan tidak puas hati pada hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan ketidakpuasan hati terhadap kaum melayu kerana mereka rasa tercabar oleh kenyataan tersebut. Maka hal ini mengakibatkan persengketaan sesama kaum.




Pengajaran Tragedi 13 Mei


1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda 

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat. 

 




2. Perintah Berkurung 

 Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan.

3. Keuntungan Kepada Musuh-­Musuh Negara

 Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa  mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang  kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isuisu yang sensitif terutama isu perkauman .antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat.



4. Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat­menghormati, bertolak ­ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei   1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu­isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini .Oleh itu, kaum-­kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat.   Pendek katatanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

 

5. Keadilan Ekonomi 

 Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majaroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB), telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang yang mempunyai dua objektif utama iaitu :    

  (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,                                                                                      (ii) Menyusun semula masyarakat,   

 Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.




Comments

  1. Terbaik penulisannya sahabat

    ReplyDelete
  2. Penulisan Dan kajian sejarah Yang saintifik ya....terbaikk

    ReplyDelete
  3. Penulisan yang baik,kalau ada sumber lagi baik,supaya pembaca dapat tahu sumber dari mana sumber,tapi apa yang awak buat ini memang terbaik dan sangat hebat untuk pengetahuan sejarah Malaysia tentang sejarah 13Mei ini supaya generasi muda tahu akan sejarah ini dari segi punca tercetus,siapa pencetus,tarikh bermula dan berakhir,siapa yang menghentikan dan siapa dalang didalam ini,akhir kata dari saya Nazirul Nordin memang terbaik,jarang jumpa anak muda yang hebat sebegini,Malaysia perlu lahirkan banyak lagi Pemuda macam awak.

    ReplyDelete
  4. penulisan dan info yang terbaik

    ReplyDelete
  5. info yang menarik untuk dibaca, cuma tukarkan latar belakang agar nampak ceria dan menarik. Anyway well done πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete

Post a Comment